SAMBUTAN HARI BUMI 2025: USM TEKANKAN KEKUATAN KOLEKTIF JAGA ALAM SEKITAR
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 April 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jawatankuasa Penglibatan Staf dan Komuniti, Sekretariat Kelestarian serta Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) telah menganjurkan Sambutan Hari Bumi 2025 pada 22 April lalu.
Program yang disertai oleh 80 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf pelbagai pusat pengajian itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta memupuk amalan gaya hidup lestari dalam kalangan warga kampus.
Bertemakan “Kekuatan Kita, Planet Kita”, program yang dijalankan di Bilik Tutorial A, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) itu menekankan pentingnya peranan kekuatan kolektif masyarakat dalam menangani cabaran perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar.
Program tersebut dimulakan dengan aktiviti Senamrobik Ceria Pagi, yang bukan sahaja menyemarakkan semangat kesihatan tetapi juga mengeratkan hubungan serta kerjasama antara peserta untuk mempromosikan kelestarian selain turut menerima beg kitar semula sebagai galakan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
Program ini sejajar dengan aspirasi USM untuk kekal sebagai kampus lestari unggul di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sumber Laporan & Foto: Roshanizam Ibrahim
- Created on .
- Hits: 6