Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SEMMOZHI SANGAMAM ANGKAT KEINDAHAN BAHASA TAMIL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 April 2025 – Sebagai inisiatif untuk memperkukuh kecintaan serta mengangkat keindahan dan kehebatan bahasa Tamil, Persatuan Kebudayaan India, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Semmozhi Sangamam 2025 pada 22 Mac lalu.

1000125365

1000125367

Program yang berkonsepkan debat dan pidato ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan mahasiswa daripada seluruh negara, sekali gus memastikan generasi muda terus mengiktiraf nilai bahasa Tamil. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi mengasah kemahiran berdebat dalam bahasa Tamil, meningkatkan keupayaan komunikasi serta pemikiran kritis para peserta.

1000125369

1000125371

Semmozhi Sangamam 2025 bukan sahaja mencapai objektif utama tetapi juga memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat. Program ini menonjolkan pentingnya meraikan bahasa Tamil dan kepelbagaian budaya dalam komuniti universiti. Pelaksanaan program seperti pertandingan debat telah memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran berhujah.

1000125363

Program yang disertai oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kampus Kesihatan USM ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama dan saling memahami dalam kalangan pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang selain membuktikan bahawa bahasa dan budaya bukan sahaja boleh diraikan tetapi juga dijadikan alat untuk membina hubungan yang harmoni dan inklusif.

Semmozhi Sangamam 2025 turut memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta dan menyumbang kepada usaha universiti untuk mengukuhkan keharmonian budaya.

Sumber Laporan & Foto: Logita Phimpisaran

  • Created on .
  • Hits: 54