Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SESI BERSAMA PEMIMPIN PEMBAKAR SEMANGAT PELAJAR UNTUK BERJAYA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN,  10 Oktober 2022 - Seramai hampir 500 orang siswa dan siswi baharu mengikuti sesi bersama pemimpin negara bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini. 
 
SAVE 20221011 062602 
 
Program ini merupakan salah satu sesi yang dirangka khusus untuk pelajar baharu sempena Minggu Siswa Lestari Sidang Akademik 2022/2023. 
 
SAVE 20221011 062552
 
Sesi kali ini telah menampilkan seorang pemimpin yang berkaliber iaitu Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor,  yang mana perkongsiannya berkisar perjalanan kerjaya beliau, peranan sains dan saintis serta transfomasi dalam pembangunan negara. 
 
SAVE 20221011 062624
 
Perkongsian ini diharap menjadi pembakar semangat kepada para pelajar dan menjadikan kejayaan beliau sebagai inspirasi ke arah melahirkan lebih ramai bakal pemimpin yang disegani pada masa hadapan. 
 
SAVE 20221011 062618
 
Bermula semalam, para pelajar baharu telah mendaftarkan diri di tiga pusat pengajian di Kampus Kesihatan USM. 
 
SAVE 20221011 062610
 
Turut hadir dalam program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan USM ialah Timbalan Pendaftar BHEPA merangkap Penggawa Desasiswa Murni dan Nurani Hafiz Assad Zakaria dan Penolong Pendaftar Kanan, Khairul Ithma Mahdi.
  • Created on .
  • Hits: 111