Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SESI PEMINDAHAN ILMU BANTU PERKASAKAN KEMAHIRAN PETUGAS PPDK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Februari 2023 – Bagi berkongsi kemahiran dan ilmu berkaitan kondisi penyakit seperti Sindrom Down, Cerebral Palsy, Sindrom Kurang Daya Tumpuan (Attention Deficit Hyperactivity Disorder-ADHD) dan Autisme serta teknik-teknik penjagaan dan rawatan untuk pelatih yang mengalami masalah sensori, tingkah laku, lewat perkembangan motor kasar dan motor halus serta teknik penulisan tangan, satu bengkel telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kadok pada 19 Februari lalu.
 
IMG 20230223 WA0012
 
IMG 20230223 WA0009
 
Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Penyelia dan Petugas PPDK jajahan Kota Bharu anjuran Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) diadakan bertujuan untuk mengukuh pengetahuan penyelia dan petugas PPDK berkenaan kondisi penyakit yang dihadapi oleh pelatih dan pengenalan kepada alatan bantuan pemulihan serta cara-cara penggunaan alatan tersebut.
 
IMG 20230223 WA0013
 
Perkongsian ilmu menerusi bengkel ini memberi impak positif kepada penyelia dan petugas PPDK yang bertanggungjawab dalam proses pemulihan pelatih-pelatih OKU kerana ilmu dan kemahiran amat penting bagi memastikan kesinambungan rawatan pemulihan kepada pelatih-pelatih bagi mencapai tahap keberdikarian yang optimum. 
 
IMG 20230223 WA0011
 
IMG 20230223 WA0010
 
Selain itu, pemindahan ilmu melalui bengkel ini juga membolehkan penyelia dan petugas serta pelatih-pelatih OKU mendapat manfaat secara berterusan di samping memperkenalkan bidang-bidang kepakaran yang terdapat di USM khususnya hospital kepada masyarakat dan komuniti luar.
 
Bengkel sebegini juga menjadi laluan untuk mengembangkan jaringan kerjasama antara USM dengan agensi luar.
 
Sumber Laporan & Foto : Hanetty Zuria Mohamed Hatta
  • Created on .
  • Hits: 150