Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SIMULASI BENCANA TERAP ILMU MENYELAMAT KEPADA PELAJAR KEJURURAWATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Februari 2023 – Buat pertama kalinya Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kecemasan, menganjurkan Bengkel Simulasi Bencana kepada pelajar program Diploma Kejururawatan Tahun Tiga (3) di Padang Kawad Askar Wataniah (AW), semalam.

IMG 20230224 WA0002
 
IMG 20230224 WA0001
 
Bengkel sehari ini melibatkan 49 orang pelajar yang diberi tunjuk ajar serta penerangan cara-cara menyelamat mangsa di kawasan bencana dan praktikal penggunaan peralatan kecemasan di tempat kejadian. Selain itu, peserta juga diberi penerangan mengenai teknik mengenal pasti jenis bencana serta bantuan yang diperlukan sebelum membuat panggilan kecemasan. 
 
Kumpulan pelajar ini dibahagikan kepada empat (4) stesen iaitu komunikasi, praktikal, ‘primary survey’ dan cara penggunaan peralatan serta taklimat dan ‘hands-on’ yang disampaikan oleh staf Jabatan Perubatan Kecemasan yang bertanggungjawab menyelia, mengajar serta melakukan demontrasi.
 
IMG 20230224 WA0003
 
IMG 20230224 WA0004
 
Melalui kepakaran dan peralatan yang ada, bengkel seperti ini akan diperluaskan kepada pelajar jurusan lain memandangkan masih ramai yang kurang berpengetahuan dalam teknik menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana.
 
Turut hadir semasa bengkel tersebut ialah Pengerusi Program ‘Mock Disaster’ merangkap Pengajar Jururawat, Program Kejururawatan PPSK, Dr. Hartini Muhamad dan pengajar-pengajar Program Kejururawatan.
  • Created on .
  • Hits: 172