Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SISMA: BENTUK JATI DIRI PELAJAR MELALUI CABARAN ALAM SEMULA JADI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Julai 2025 – Sebagai inisiatif untuk memberi penekanan terhadap elemen ‘articulate’ selaras dengan gagasan HEBAT Universiti Sains Malaysia (USM), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan telah menganjurkan Program Siswa Sejahtera Madani (SISMA), di Pengkalan Nusuk, Jeli pada 3 hingga 5 Julai lalu.

1000155244

1000155246

Seramai 60 orang pelajar gabungan dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian menyertai program bertemakan 'Feel The Nature' ini.

1000155248

1000155236

Program ini antara lain bertujuan membentuk keyakinan diri para pelajar terhadap ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti lasak di samping menyumbang khidmat kepada penduduk setempat.

1000155240

1000155238

Program ini dipecahkan kepada tiga (3) elemen utama iaitu ‘Paddle Splash Feel The Nature’, ‘Student Support System: One Voice, Many Stories’, dan ‘We Check, We Care’. Para peserta juga diberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan di air dan tatacara pemakaian jaket keselamatan, teknik dan simulasi kayuhan kayak serta cara apungan badan di air yang dipimpin oleh tenaga profesional termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ‘River Guide’ yang bertauliah.

1000155242

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembagunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlan Amran. Turut hadir ialah Penolong Pendaftar Kanan, Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA, Kampus Kesihatan, Khairul Ithma Mahdi dan pegawai-pegawai BHEPA Kampus Kesihatan.

1000155250

Sumber Laporan dan Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 80