Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SOUND: KETENGAHKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI MELALUI SULAM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2026 – Seiring dengan usaha untuk mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti melalui penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti saringan pendengaran kanak-kanak serta pendidikan kesihatan kepada komuniti, Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil insiatif melaksanakan projek komuniti berasaskan ‘Service-Learning Malaysia – University for Society’ (SULAM) dikenali sebagai ‘Service-Learning Outreach for Universal Hearing Detection’ (SOUND) di National Child Development Research Centre dan Sekolah Rendah Seri Budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada 13 Mei lalu.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.47

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.49

Projek dengan kerjasama Pusat Kajian Inklusif bagi Komuniti dan Orang Kurang Upaya (CIRCLE), UPSI ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran klinikal dalam situasi sebenar di samping memupuk nilai tanggungjawab sosial dan profesionalisme.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.47 1

Aktiviti utama projek ini melibatkan saringan pendengaran percuma yang merangkumi pemeriksaan salur telinga, penilaian status telinga tengah dan pemeriksaan tahap pendengaran. Program selama dua (2) hari ini melibatkan hampir 150 peserta terdiri daripada guru taska dan tadika serta kanak-kanak berusia satu (1) hingga sembilan (9) tahun.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.48

Selain itu, projek SOUND turut memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan pendengaran melalui video pendidikan berkaitan masalah pendengaran dan kepentingan intervensi awal.

Guru taska dan tadika diminta melengkapkan soal selidik sebelum dan selepas menonton video bagi menilai keberkesanan intervensi pendidikan tersebut. Projek ini turut melibatkan pembangunan data normatif timpanometri tempatan bagi kanak-kanak Malaysia untuk memperkukuhkan amalan klinikal dan penyelidikan berasaskan populasi tempatan.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.49 1

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.48 1

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.49 2

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.50

Kerjasama antara USM dan UPSI ini diharap dapat memperkukuhkan jaringan akademik, penyelidikan dan khidmat komuniti antara kedua-dua institusi, di samping memberi impak positif kepada kesejahteraan dan kesihatan pendengaran kanak-kanak.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Wan Najibah Wan Mohamad

  • Created on .
  • Hits: 134