SUKAD SIRI 1: 3 EMAS 1 PERAK PERMULAAN YANG BAIK BUAT DESASISWA MURNI NURANI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Februari 2024 – Kontinjen Desasiswa Murni Nurani sekali lagi mencapai kejayaan yang membanggakan apabila memperoleh tiga (3) pingat emas dan satu (1) pingat perak dalam pertandingan Sukan antara Desasiswa (SUKAD) siri 1 yang berlangsung di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 26 hingga 28 Januari lalu.
SUKAD kali ini mempertandingkan beberapa acara seperti bola baling, bola jaring, bola sepak dan buat julung kalinya memperkenalkan sukan hoki dan frisbee. Desasiswa Murni Nurani berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan bola baling lelaki (L) dan pingat perak bagi bola baling perempuan (P), pingat emas dalam pertandingan bola jaring serta merangkul pingat emas dalam acara frisbee.
SUKAD merupakan medium meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar USM selain mencungkil bakat dan membentuk atlet berpotensi dalam acara tertentu untuk mewakili USM pada masa akan datang.
SUKAD siri 2 akan diadakan di Kampus Kejuruteraan dan siri 3 dijadualkan berlangsung di Kampus Kesihatan dengan pelbagai acara sukan yang bakal dipertandingkan.
Sumber Laporan & Foto : Lakshmy S. Baskaran
- Created on .
- Hits: 314