USM KUBANG KERIAN, 19 Disember 2022 - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Lebih 1000 pek makanan berjaya disediakan oleh sukarelawan terdiri daripada pelajar dan warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pusat Islam hari ini.
Pek makanan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang menginap di dalam kampus, para petugas serta staf bertugas yang terkesan kerana kantin, kafeteria serta kedai makan berhampiran tidak beroperasi kerana banjir.


Terima kasih kepada pengurusan Pusat Islam dan Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan serta para sukarelawan yang pantas bertindak walaupun dalam keadaan tidak dirancang kerana banjir melanda dengan agak pantas.