Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SUKOK 2025 SERLAH BAKAT DAN SEMANGAT KESUKANAN PELAJAR KAMPUS KESIHATAN USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Disember 2025 – Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Kokurikulum (SUKOK) 2025 di Kompleks Sukan 1, pada 13 Disember lalu dengan penyertaan seramai 146 orang pelajar.

1000210145

1000210143

Sebanyak enam (6) acara sukan dipertandingkan iaitu ‘woodball’, bola jaring, badminton, bola tampar, tenis dan petanque. Penganjuran kejohanan ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri, ketahanan fizikal dan mental serta memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan peserta.

1000210147

1000210149

Penganjuran SUKOK 2025 dilihat sebagai platform penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelek, emosi, sosial dan jasmani sejajar dengan aspirasi pembangunan holistik USM.

1000210153

1000210151

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Mohd Ismail Ibrahim dan Pengerusi Rancangan Sukan dan Kebudayaan, Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Mohd Nazri Shafei.

Sumber Laporan dan Foto: Noor Fadzlina Hamid

  • Created on .
  • Hits: 252