SUKOKU CUNGKIL BAKAT DAN TINGKATKAN KESIHATAN GOLONGAN OKU
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Januari 2024 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan telah menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (SUKOKU) peringkat negeri Kelantan, hari ini.
Sebanyak lima (5) acara dipertandingkan melibatkan kira-kira 129 peserta bersama 50 guru pengiring dari 10 jajahan negeri Kelantan yang berlangsung di Kompleks Sukan 1, Kampus Kesihatan USM.
SUKOKU diadakan bertujuan memberi peluang kepada peserta meningkatkan taraf kesihatan sambil bersukan serta dapat berinteraksi secara bebas di samping mencungkil bakat golongan OKU.
Hadir merasmikan SUKOKU ialah Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup. Turut hadir ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Ketua Pusat Transformasi OKU USM - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim; Pengerusi Sains Senaman dan Sukan, PPSK USM, Dr. Ayu Suzailiana Muhamad; Penasihat Program SUKOKU 2023, Nurul Azuar Hamzah dan Pengarah Program SUKOKU 2023, Muhammad Syafiq Azmi.
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 338