SUMBANGAN ANDA BANTU PESAKIT MEMERLUKAN
USM KUBANG KERIAN, 29 Januari 2023 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa komited memastikan pesakit khususnya golongan B40 dan asnaf tetap mendapat perkhidmatan yang baik sepanjang menerima rawatan di Hospital USM.
Tabung Kebajikan Pesakit merupakan inisiatif yang diambil oleh pengurusan Hospital USM dalam mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada pesakit melalui pelbagai kaedah perubatan dan perawatan.
Hospital USM juga mengalu-alukan semua pihak sama ada konglomerat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan khususnya warga USM sendiri untuk menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit.
Kod QR yang dilancarkan oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman menjadi platform yang memudahkan penyaluran sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit. Semoga dengan adanya kemudahan sebegini, Tabung Kebajikan Pesakit akan terus mendapat sumbangan untuk disalurkan semula kepada pesakit yang memerlukan.
- Created on .
- Hits: 431