SUMBANGAN MINYAK TYT TANDA KEBERSAMAAN SYARIKAT KORPORAT DAN HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 November 2023 – Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd berbesar hati menyampaikan sumbangan minyak TYT kepada bayi baharu lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria mewakili Pengarah Hospital USM menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Pemasaran, Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, Sebastian Ong.
Sumbangan tersebut diagihkan melalui Ketua Jururawat wad bersalin untuk diberikan kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi di Hospital USM di samping memperkenalkan produk minyak TYT keluaran syarikat berkenaan.
Sumbangan tersebut dijadualkan berterusan selama tiga (3) bulan sebagai usaha melakar senyuman dan memberi sinar kegembiraan kepada para ibu yang baharu selamat melahirkan bayi.
Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Pengarah Pemasaran (Kelantan), Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, Ooi Sacred Hwa dan Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan, Hospital USM, Wan Marina Wan Sulaiman.
- Created on .
- Hits: 306