Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'SWEEP THE JUNGLE': SANTUNI ALAM DAN KOMUNITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Julai 2025 – Dalam usaha melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan berjiwa masyarakat selaras dengan atribut HEBAT bagi membentuk pembangunan mahasiswa yang seimbang, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Unit Kesukarelawanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan mengambil pendekatan menganjurkan Program Skuad Kelestarian Kampus: ‘Sweep the Jungle’ – Jelajah Bukit Keluang pada 28 Jun lalu di Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

1000153108

Program yang dijalankan sempena sambutan ‘Volunteers Week’ itu melibatkan seramai 35 orang pelajar bertujuan meningkatkan kemahiran interpersonal dan mengasah penglibatan melalui etika berkomunikasi dan pergaulan secara mesra dengan komuniti setempat.

1000153110

Program yang berteraskan khidmat komuniti dan kelestarian alam sekitar ini berjaya merealisasikan agenda HEBAT USM dengan memberi penekanan terhadap ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) khususnya ‘no poverty’ dan ‘zero hunger’.

1000153112

Antara pengisian utama program ini ialah aktiviti mendaki dan ‘plogging’ di sepanjang trek Bukit Keluang. Selain itu, pertandingan video pendek turut dianjurkan untuk mencungkil kreativiti pelajar dalam menyampaikan mesej kelestarian melalui medium digital selaras dengan aspirasi pendigitalan kampus.

1000153114

Program ‘Free Market’ juga menjadi tarikan utama dengan pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, kasut dan permainan kanak-kanak diagihkan kepada pengunjung dan komuniti setempat.

1000153116

Sebagai menyantuni komuniti Bukit Keluang, sebanyak 20 keluarga asnaf telah menerima sumbangan kit keperluan asas yang disampaikan oleh Penolong Pendaftar Kanan BHEPA Kampus Kesihatan, Khairul Ithma Mahdi.

1000153118

Program ini tidak hanya menanam nilai cintakan alam sekitar, malah turut membudayakan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa selain membuka ruang interaksi sihat antara pelajar dan komuniti setempat.

Laporan dan Foto: Muhammad Akram Adnan

  • Created on .
  • Hits: 83