Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TAKLIMAT SSPA : PENDAFTAR USM TINGKAT KEFAHAMAN WARGA KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Oktober 2024 – Kira-kira 1,000 orang staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) memenuhi Dewan Utama, Kampus Kesihatan bagi mendengar taklimat berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), hari ini.

1000081265

1000081271

Taklimat berkaitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 yang disampaikan oleh Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff itu merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi perkhidmatan awam yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

1000081267

1000081273

Penjumudan 23 skim perkhidmatan di bawah SSM sebelum ini merupakan langkah awal ke arah penstrukturan semula yang lebih efisien. Berdasarkan penerangan dalam taklimat itu, skim-skim yang terdahulu akan dijumudkan dan digantikan dengan enam (6) skim perkhidmatan Ijazah Sarjana Muda, lima (5) skim perkhidmatan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma serta 12 skim perkhidmatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bertujuan memudahkan penyampaian perkhidmatan serta memperkemas struktur organisasi.

1000081269

Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada kerajaan termasuk penggunaan sumber manusia yang lebih optimum, penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap serta memenuhi keperluan perkhidmatan terkini. Bagi staf pula, perubahan ini diharap dapat memberi peluang kemajuan kerjaya lebih baik serta mobiliti yang lebih luas dalam kalangan pegawai.

1000081275

Semua staf diberi tempoh pemilihan opsyen SSPA bermula dari 21 Oktober hingga 30 November 2024. USM sentiasa komited dalam memastikan proses pemilihan opsyen berjalan lancar dan segala bantuan akan disediakan untuk membantu staf membuat keputusan yang terbaik mengikut keperluan dan kedudukan mereka.

1000081277

Pihak pengurusan tertinggi USM turut berharap dengan adanya transformasi ini, perkhidmatan di USM khususnya di Kampus Kesihatan akan menjadi lebih cemerlang dan memberikan impak positif kepada semua pihak yang terlibat.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 249