Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'TAMILAR THIRUNAAL’ TONJOL KEPELBAGAIAN BUDAYA INDIA KEPADA KOMUNITI KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Januari 2025 - Dalam usaha menonjolkan kepelbagaian budaya India kepada komuniti kampus, Persatuan Kebudayaan India, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) telah menganjurkan program ‘Tamilar Thirunaal’ pada 17 Januari lalu sempena Perayaan Ponggal 2025.

IMG 20250121 WA0007

IMG 20250121 WA0006

Program ini bertujuan memelihara budaya dan tradisi masyarakat India selain memberi peluang kepada pelajar India menyambut perayaan ini walaupun berjauhan dengan keluarga. Pelbagai aktiviti tradisional dan seni diadakan termasuk pertandingan melukis kolam, permainan uriyadi dan memasak nasi ponggal menggunakan periuk tanah liat.

IMG 20250121 WA0008

IMG 20250121 WA0009

Perayaan Ponggal merupakan sambutan tradisional masyarakat India yang diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap musim menuai. Ia melambangkan kesyukuran kepada alam semula jadi seperti matahari, lembu dan hasil tuaian yang menjadi simbol kemakmuran dan kesejahteraan. Nasi ponggal yang dimasak menggunakan susu dan gula merah dalam periuk tanah liat pula merupakan simbolik kepada rezeki yang melimpah.

IMG 20250121 WA0010

IMG 20250121 WA0011

IMG 20250121 WA0012

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang menzahirkan rasa bangga dan kagum melihat usaha pelajar dalam memartabatkan tradisi kebudayaan India sambil memupuk semangat perpaduan serta memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta dan menyumbang kepada usaha universiti untuk mengukuhkan keharmonian budaya.

Sumber Laporan & Foto: Yoogalachumi Munusamy

  • Created on .
  • Hits: 148