Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TENGKU PUAN TEMENGGONG KELANTAN ZIARAH PESAKIT KANSER KANAK-KANAK HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Disember 2022 - Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, hari ini, meluangkan masa menziarah pesakit kanser kanak - kanak di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

SAVE 20221214 193513

SAVE 20221214 193527
 
Dalam sesi ziarah tersebut, Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga Pengasas Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) berkenan mengurniakan sumbangan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan di Wad 6 Utara selain turut diberi penerangan tentang keadaan semasa pesakit oleh Pakar Pediatrik yang bertugas.
 
SAVE 20221214 193520
 
SAVE 20221214 193502
 
Turut mengiringi Tengku Puan Temenggong Kelantan ialah Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Pediatrik, Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad dan Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Penyelia Jururawat Hospital USM, Maimunah Hasan, Norzihan Ismail dan Zuarini Mohamed serta Ketua- ketua Jururawat Wad Pediatrik.
  • Created on .
  • Hits: 233