TERIMA KASIH AKSB
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Mei 2023 – Selaras dengan notis pemakluman pengguna yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) berkenaan penyusutan air terawat di kawasan Jajahan Kota Bharu Timur, Kota Bharu Selatan dan Bachok, syarikat tersebut telah menggerakkan lori tangki ke Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dengan mengambil kira keutamaan kepada premis kritikal (hospital, pusat dialisis dan kawasan-kawasan kategori kecemasan).
AKSB semalam telah membekalkan empat (4) lori tangki bagi menampung bekalan air di Kampus Kesihatan dan Hospital USM susulan tindakan proaktif mengatur proses tersebut oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA), Kampus Kesihatan.
Pengurusan USM sentiasa berusaha untuk memastikan situasi ini terkawal dan aktiviti warga kampus serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. Semua pihak disarankan agar menggunakan air secara minimum, elakkan pembaziran dan sentiasa berjimat cermat.
- Created on .
- Hits: 180