Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TINJAU KEBERKESANAN PTOKU USM–MAIK, USAHA PERTINGKAT SISTEM PERKHIDMATAN AWAM KAKITANGAN OKU: CUEPACS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Oktober 2023 - Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan daripada wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini.

e3ac9737 8cc6 409c 961b f061f9078e5f

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Presiden II, Azman Shah Abdul Rahman disambut oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

01232b0d ef52 409f b468 7900c23b8a7a

Lawatan ini bertujuan membolehkan jawatankuasa tertinggi CUEPACS mendapat maklumat mengenai perkhidmatan dan program pemerkasaan orang kelainan upaya (OKU) yang dijalankan di Pusat Transformasi OKU USM-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK)

357781ad e827 490c b566 5168cf402ab7

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan membantu CUEPACS menambahbaik sistem perkhidmatan awam terutama kepada kakitangan awam dan keluarga (anak-anak dan pasangan dalam kategori OKU).

e557b76a d51b 4427 a1a0 b0a1249d149e

Delegasi tersebut turut dibawa melawat PTOKU USM-MAIK bagi meninjau sendiri pelaksanaan perkhidmatan yang terdapat di Makmal Simulasi Pekerjaan dan Pusat Modifikasi Kerusi Roda.

40cc71f8 dd74 42d8 bb29 b113c9301c3e

Turut hadir ialah Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin; Ketua Unit PTOKU USM-MAIK, Dr. Zulkifli Abdul Rahim dan Presiden Kesatuan Kakitangan Am, USM (KKAUSM), Zulkifly Ibrahim.

  • Created on .
  • Hits: 246