Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TITIPAN PENGHARGAAN NAIB CANSELOR BAKAR SEMANGAT WARGA KERJA HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Mac 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan Hospital USM atas pencapaian cemerlang semasa menangani situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. 

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan staf agar berhati-hati dengan spekulasi dan dakwaan tidak berasas di media sosial serta menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan. 
 
IMG 20230329 WA0023
 
IMG 20230329 WA0020
 
IMG 20230329 WA0018
Beliau yang berkesempatan bertemu buat kali pertama dengan staf Hospital USM dalam Majlis Naib Canselor Bersama Warga Hospital USM sempena lawatan kerja ke Kampus Kesihatan amat menghargai profesionalisme serta integriti yang ditunjukkan oleh kakitangan Hospital USM dalam menguruskan pesakit.
 
Dalam majlis yang sama juga, Abdul Rahman memaklumkan tentang agenda universiti menambahbaik kemudahan di Hospital USM agar staf dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit. 
 
IMG 20230329 WA0021
 
IMG 20230329 WA0021
 
IMG 20230329 WA0019
 
Sesi soal jawab berkaitan perkembangan kerjaya, menaiktaraf fasiliti dan prasarana serta lain-lain berkaitan Hospital USM membuka peluang interaksi dua hala antara staf dan Pengurusan Universiti.
 
Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit Hospital USM.
  • Created on .
  • Hits: 142