Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'TRAIN-THE-TRAINER' INISIATIF UHCSB LAHIRKAN JURULATIH BERTAULIAH RENTAS DISIPLIN DALAM KALANGAN STAF USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Mei 2025 – Sebagai usaha memperkasakan pembangunan profesional warga Universiti Sains Malaysia (USM), USAINS Healthcare Sdn. Bhd. (UHCSB) telah menganjurkan Kursus Train-The-Trainer (TTT) yang diiktiraf oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp.), bertempat di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, USM.

1000141802

Kursus intensif lima (5) hari yang berlangsung dari 25 hingga 29 Mei 2025 ini dikendalikan jurulatih bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia iaitu Major (B) Dr. Prebagaran Jayaraman.

1000141800

Seramai 20 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit di Kampus Kesihatan telah menyertai kursus ini, antaranya Jabatan Kejururawatan, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Unit Klinikal Hospital Pakar USM (HPUSM) dan Pusat Transformasi OKU (PTOKU), menjadikan program ini inklusif dan merentas disiplin.

1000141804

Ini merupakan kursus pertama anjuran USAINS dan merupakan langkah strategik dalam menyokong agenda USM untuk membina kapasiti dalaman sebagai penyedia latihan profesional yang diiktiraf, sejajar dengan aspirasi universiti untuk terus menerajui pembangunan modal insan berkualiti tinggi.

1000141806

Menariknya, kursus ini membuka peluang kepada para peserta untuk memperoleh tauliah sebagai jurulatih di bawah HRD Corp., sekali gus memberi nilai tambah kepada staf USM dalam menyumbang kepakaran secara berstruktur dan profesional kepada komuniti serta industri.

1000141810

1000141808

UHCSB menanggung sepenuhnya keseluruhan kos penganjuran program ini sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam menyokong pertumbuhan profesional staf USM, selain menyumbang ke arah kecemerlangan universiti dalam bidang latihan dan pendidikan.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 383