Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TRANSFORMASI BUDAYA KERJA DIGITAL: USM PERKASA PENTADBIRAN MELALUI AI DAN CHATGPT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Jun 2025 – Program Pacu Produktiviti melalui 'Artificial Intelligence' (AI) dan 'ChatGPT' dalam Pentadbiran yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) semalam berjaya menarik penyertaan Pegawai Tabir Universiti (PTU) dalam usaha memperkasa budaya kerja digital dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan seharian.

1000147275

Bertempat di Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, program ini tampil sebagai platform strategik untuk mendedahkan peserta kepada pelbagai aplikasi AI terkini yang mampu menyokong kecekapan, kreativiti dan keberkesanan dalam tugasan pentadbiran serta komunikasi organisasi.

1000147277

Program yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dalam bidang teknologi digital dan pembangunan kapasiti sumber manusia, Haji Ahmad Salwan Abdul Wahab, telah memberikan pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai potensi sebenar AI dalam persekitaran kerja moden.

1000147286

Program ini antara lain bertujuan memperkenalkan potensi teknologi AI dalam membantu pelaksanaan tugasan harian secara lebih sistematik dan efisien serta menyemai budaya kerja digital yang selaras dengan aspirasi transformasi pentadbiran dan pengurusan kampus.

1000147290

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang meneroka penggunaan aplikasi berasaskan AI seperti 'ChatGPT', yang berfungsi sebagai alat bantu dalam penulisan rasmi, penjanaan idea kreatif dan penstrukturan mesej organisasi.

1000147294

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada 'Gamma AI', sebuah platform yang membolehkan slaid pembentangan dijana secara automatik dan interaktif serta 'NotebookLM', iaitu aplikasi yang mampu menjana ringkasan dan ulasan berdasarkan kandungan sedia ada.

1000147298

1000147282

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkasa modal insan kampus ke arah persekitaran kerja yang lebih digital, adaptif dan berimpak tinggi, selari dengan aspirasi Pelan Strategik Pendigitalan USM.

Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 90