Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

U-TEKAD: INISIATIF JADIKAN USM ZON BEBAS DADAH DAN GEJALA RASUAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Jun 2025 – Sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman warga staf terhadap bahaya serta kesan negatif gejala rasuah dan penyalahgunaan dadah dalam persekitaran kerja, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan ceramah bertajuk ‘Tempat Kerja Bebas Rasuah dan Dadah’ di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan pada 26 Mei lalu.

WhatsApp Image 2025 06 03 at 3.55.20 PM

Dalam era globalisasi dan kepesatan teknologi maklumat, aspek integriti, akauntabiliti serta kesejahteraan mental dan fizikal menjadi tunjang utama kejayaan dan kelestarian sesebuah organisasi. Program ini dilihat sebagai platform yang efektif dalam menyemai nilai-nilai murni, etika kerja yang sihat serta memupuk persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada pengaruh negatif.

WhatsApp Image 2025 06 03 at 3.55.20 PM 1

Program ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan USM di bawah inisiatif UTEKAD – Universiti Tempat Kerja Bebas Dadah yang bertujuan menjadikan kampus sebagai zon selamat daripada penyalahgunaan dadah. Ia bukan sahaja selaras dengan aspirasi nasional untuk mewujudkan masyarakat yang bebas dadah, malah turut diperkukuh melalui kerjasama erat bersama AADK. Selain itu, usaha ini turut menyokong agenda nasional dalam memperkukuh budaya integriti dan ketelusan melalui pemerkasaan nilai-nilai antirasuah dalam sektor awam dan pendidikan tinggi.

WhatsApp Image 2025 06 03 at 3.55.21 PM

Program ini juga bertujuan meningkatkan tahap kesedaran warga kampus terhadap isu rasuah dan penyalahgunaan dadah secara menyeluruh selain memberi pendedahan tentang undang-undang, hukuman dan kesan sosial yang serius akibat terlibat dalam gejala negatif ini. Ia juga bertujuan menanam nilai integriti dan tanggungjawab sosial dalam kalangan staf dan pelajar serta menyokong dasar universiti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.

WhatsApp Image 2025 06 03 at 3.55.21 PM 1

WhatsApp Image 2025 06 03 at 3.55.22 PM

Penganjuran ceramah ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta di samping meningkatkan tahap kesedaran serta mengukuhkan komitmen warga universiti dalam memerangi gejala rasuah dan penyalahgunaan dadah.

Sumber Laporan: Unit Intergriti USM/ Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 48