Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM, MAIK SANTUNI 14 KELUARGA PESAKIT GENETIK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 September 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Persatuan Genetik Manusia Malaysia (PGHM), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Rumah Ronald McDonald (RRM) Hospital Pakar USM (HPUSM) mengambil insiatif menyerahkan sumbangan kepada keluarga pesakit genetik kanak-kanak HPUSM sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga pesakit berkenaan dalam satu majlis ringkas, hari ini.

Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga pesakit genetik kanak-kanak yang sedang atau pernah menginap di RRM HPUSM sepanjang mendapatkan rawatan.

Sumbangan tunai sebanyak RM300 bagi setiap penerima yang disalurkan oleh MAIK akan memberi manfaat kepada penerima sekali gus menjadi tanda keprihatinan dalam membantu meringankan beban keluarga pesakit genetik.

Usaha ini mencerminkan komitmen USM bersama rakan strategik dalam memperkukuh kebajikan dan sokongan kepada pesakit serta keluarga khususnya mereka yang berdepan dengan cabaran berkaitan penyakit genetik.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa RRM HPUSM, Profesor Datin Dr. Nik Hazlina Nik Hussain; Presiden Persatuan Genetik Manusia Malaysia, Profesor Madya Dr. Sarina Sulong; Pegawai Agihan Zakat MAIK, Siti Farahida Fauzi; Pengurus RRM HPUSM, Nurul Wahida Harun dan Pengarah Program Penyerahan Sumbangan Pesakit Keluarga Genetik Kanak-Kanak, Dr. Farizan Ahmad.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 55