USM DAN PERKESO PERTINGKAT KOLABORASI AKADEMIA – INDUSTRI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Januari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil langkah proaktif dengan menjalin kolaborasi strategik bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi sesi perkongsian khas yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO (CEO tersohor), Dato’ Sri Dr. Mohamed Azman Aziz Mohammed.


Kolaborasi ini memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, penyelidikan gunaan, latihan kebolehpasaran graduan serta perkongsian kepakaran dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan, rehabilitasi dan kesejahteraan pekerja.


Inisiatif ini juga membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar USM untuk terlibat secara langsung dalam projek industri selari dengan cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks.


Sesi perkongsian di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM itu turut menekankan komitmen PERKESO untuk bekerjasama rapat dengan institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Hasil kolabolasi ini dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program bersama yang lebih menyeluruh termasuk penyelidikan kolaboratif, penempatan industri, latihan profesional serta inisiatif kebajikan pekerja berasaskan data.

Turut hadir dalam sesi perkongsian ini ialah Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, timbalan-timbalan dekan PPSP serta ketua-ketua jabatan PPSP USM.
Teks: Rosalwani Che Soh / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 225