USM EDAR KAD PRIHATIN SISWA KERJASAMA RHB ISLAMIC BANK
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 November 2022 - Kad Prihatin Siswa (KPS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama universiti awam (UA) dengan kerjasama RHB Islamic Bank.

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan menyambut baik pengedaran dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa, dimana Kad Matrik pelajar yang sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan bersama Kad Visa Islamic RHB Bank.

Pengenalan kepada KPS ini banyak memberi kebaikan kepada pelajar, terutamanya dari aspek penggunaan 'cashless'. Selain itu, pelbagai promosi tambahan akan diperkenalkan dari semasa ke semasa agar manfaat ini dapat dinikmati oleh semua kategori pelajar.

Turut hadir semasa sesi pengedaran KPS ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria dan pegawai-pegawai yang terlibat.
- Created on .
- Hits: 211