Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM FOKUS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL WARGA EMAS MENERUSI PROGRAM KRIS

TUMPAT, KELANTAN, 14 Januari 2023 - Program Literasi Kesihatan Mental Dalam Kalangan Warga Emas merupakan program yang diadakan khusus untuk memberi kesedaran serta pendedahan kepada warga emas berkenaan masalah kesihatan mental.

Hasil suntikan dana oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Universiti Sains Malaysia (USM) terus menyantuni masyarakat di sekitar negeri Kelantan dengan mensasarkan golongan B40 dan kurang berkeupayaan termasuk warga emas.

53c49a11 39fb 4bc0 83f4 5d45c8caf964

6fc91127 a56a 4358 95b2 35bcd3f561da

5ab5dae2 a450 4416 af3a 7484db850dc9

Di Kelantan, dilaporkan sebanyak 22 peratus (%) warga emas mengalami isu kesihatan mental seperti 'anxiety' dan 'depression'. Namun, kebanyakan warga emas yang mengalami masalah kesihatan mental tidak dikesan dan dirawat disebabkan kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat.

Program anjuran Jabatan Psikiatri Hospital USM dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Tumpat ini dipenuhi aktiviti-aktiviti menarik seperti 'chairobic', teknik relaksasi otot dan latihan pernafasan di samping saringan pemeriksaan.

14f511d8 be13 46ac 809a 92fa0b99db2c

d4d4d4ec 611c 47b2 bf67 1eb849f81de5

0529c703 fe0d 4f1c 8dc8 3d334db7f81d

Hadir merasmikan program yang berlangsung di Dewan Masjid An-Nur, Kota Kubang Labu, di sini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin bersama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) merangkap Pengerusi Program, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak dan Ketua Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Tumpat, Wan Fauzi Wan Mamat.

  • Created on .
  • Hits: 318