Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM JUARA PERTANDINGAN FUTSAL PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Disember 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Futsal Muhibah Agensi Kerajaan Negeri Kelantan 2024 setelah mengalahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melalui sepakan penalti 2-1 dalam pertandingan yang berlangsung di N10 Sport Centre, Wakaf Bharu, Tumpat pada 21 Disember lalu.

WhatsApp Image 2024 12 30 at 10.26.20 AM

Dalam pertandingan anjuran Bank Islam Cawangan Pasir Tumboh itu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam permainan masa penuh sebelum berjaya mengubah mata 2-1 dalam sepakan penalti sekaligus membawa pulang hadiah piala kejuaraan, medal dan hamper. Tempat ketiga pula menjadi milik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

WhatsApp Image 2024 12 30 at 10.26.19 AM 1

Pertandingan ini diadakan bertujuan membina ukhuwah dalam kalangan penjawat awam di negeri Kelantan selain memberi peluang menunjukkan bakat dan semangat kesukanan itu disertai pasukan USM yang diwakili oleh gabungan staf daripada pelbagai jabatan dan unit.

WhatsApp Image 2024 12 30 at 10.26.19 AM

WhatsApp Image 2024 12 30 at 10.26.20 AM 1

Pertandingan yang mendapat sambutan memberangsangkan ini disertai oleh 10 pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, HRPZII, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Jabatan Veterinar dan banyak lagi.

Sumber Laporan & Foto: Ahmad Syafwan Awang

  • Created on .
  • Hits: 161