Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM LAKSANA PENGESANAN DAN INTERVENSI MATA RABUN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Jun 2025 – Mata merupakan organ yang penting bagi setiap individu. Walaupun bersaiz kecil, organ ini mempunyai struktur serta sistem yang kompleks.

1000150122

1000150128

Menyedari hakikat tersebut, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) mengambil inisiatif menganjurkan Program Pengesanan dan Intervensi Mata Rabun dalam Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Rendah di Negeri Kelantan pada 19 Jun lalu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, Gua Musang.

1000150130

1000150124

Program dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Amshar Optometris dan Keluarga Optometris itu bertujuan melatih guru-guru sekolah mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah mata juling, rabun dan malas melalui sesi latihan atas talian selain pemeriksaan serta konsultasi pakar kepada pelajar yang mempunyai masalah rabun dan malas berdasarkan rujukan guru-guru.

1000150132

1000150126

1000150134

Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar Sarjana Perubatan (Oftalmologi) dalam menjalankan pemeriksaan dan konsultasi di peringkat komuniti.

Sumber Laporan dan Foto: Siti Nor Azlin Roslan

  • Created on .
  • Hits: 75