Keselamatan, kesejahteraan serta isu kemaslahatan pelajar adalah antara fokus utama Universiti Sains Malaysia (USM) selain pencapaian akademik.
Berdasarkan syor daripada kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pengurusan USM telah meninjau beberapa gelanggang sukan dan bersetuju meluluskan peruntukan memasang lampu bagi membolehkan aktiviti sukan diadakan sehingga waktu malam.
Sekumpulan pelajar yang menemui Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, telah meluahkan rasa syukur atas keprihatinan universiti. Nyata mereka teruja dan bersyukur dengan keprihatinan pengurusan USM dalam isu-isu mahasiswa.