USM - MAP ‘ROADSHOW EAST COAST’ 2026: KOLABORASI ANTARABANGSA PERKASA REHABILITASI ORAL
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 April 2026 – Dalam usaha mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam bidang rehabilitasi oral khususnya prostodontik melalui pertukaran ilmu dan jaringan profesional, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Prostodontik Malaysia (MAP) mengambil inisiatif menganjurkan USM-MAP 'Roadshow East Coast’ 2026 di Renai Hotel, Kota Bharu pada 2 April lalu.


Program yang bertemakan ‘Advancing Oral Rehabilitation Through Multidisciplinary Innovation’ ini diadakan bertujuan meningkatkan pembangunan profesional pengamal pergigian melalui pendekatan multidisiplin dalam perancangan rawatan dan teknik prostodontik terkini.


Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan memperkasa penglibatan komuniti dengan menekankan kesan rehabilitasi oral terhadap fungsi, estetika dan kualiti hidup pesakit.


Hadir merasmikan program ini ialah Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Dr. Norhayati Yusop. Turut hadir ialah Presiden MAP, Profesor Madya Dr. Lim Ghee Seong; Pakar Pergigian Restoratif, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Kamarul Hisham Kamarudin dan Pengarah Eksekutif, Hangzhou Minsheng Lide Medical Science Technology Co., Ltd,, China, Wu Yi Hong.
Teks: Dr. Noor Huda Ismail dan Profesor Madya Dr. Raja Azman Raja Awang/ Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 124