Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM MENANG BERGAYA DI STADIUM ARENA UM DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Ogos 2022 - Perlawanan persahabatan bola sepak pasukan pilihan Naib Canselor  antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) berkesudahan pasukan USM menang bergaya apabila dua daripada tiga pasukan memenangi perlawanan tersebut.

1625bd4d cda3 448f 80c4 8cd7b0affce7

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena UM semalam menyaksikan saingan antara pasukan USM Induk mengalahkan pasukan UM A dengan agregat 3-1, pasukan USM Kejuruteraan mengikat pasukan UM B pada kedudukan seri 0-0 manakala pasukan USM Kesihatan menumpaskan pasukan UM C dengan agregat 2-0.

77f41aaa 0194 48ab 828e 1877dbdf41e5

USM meraih mata keseluruhan 5-1 dalam perlawanan yang bertujuan menggalakkan semangat persaingan secara sihat melalui sukan bola sepak warga staf.

86ac5e5b 8808 4ca7 93df f6a71264f9bb

Perlawanan persahabatan ini juga merupakan antara usaha bagi mempromosi padang bolasepak sintetik di USM. Padang sintetik Kopa Arena telah beroperasi di Kampus Induk, Pulau Pinang manakala di Kampus Kesihatan, Kelantan dalam proses pembinaan.

  • Created on .
  • Hits: 193