Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM METERAI PERSEFAHAMAN DENGAN JPPKK, KPT PERKASA BIDANG PENDIDIKAN DAN LATIHAN PENYELIDIKAN

SEPANG, SELANGOR, 17 November 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memperkasa bidang pendidikan dan latihan penyelidikan, inovasi dan pengkormersialan.

IMG 20231117 WA0008

MoU ini dimeterai dalam simposium Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA.

Kerjasama yang dijalinkan antara USM dengan JPPKK, KPT khasnya melalui Pusat Pengajian Teknologi Industri telah bermula sejak 2022 melalui kolaborasi strategik.

IMG 20231117 WA0007

Melalui MoU ini, beberapa program dasar telah dan akan dirangka serta diperluaskan lagi oleh USM dan JPPKK, KPT.

IMG 20231117 WA0006

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dipersetujui melalui kerjasama ini adalah membuka peluang dalam perkongsian pengetahuan, kepakaran, peralatan dan fasiliti, bekerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, inovasi, hubungan industri dan pengkomersialan, bekerjasama dalam membangun, merancang, memantapkan program akademik serta proses pengambilan atau kemasukan pelajar politeknik dalam program akademik di USM.

IMG 20231117 WA0009

Selain itu, MoU ini juga memberi peluang kepada kedua pihak bekerjasama dalam program akademik dan penyelidikan melibatkan kakitangan JPPKT, KPT dan USM, bekerjasama dalam penganjuran aktiviti pemindahan teknologi dan pengetahuan, persidangan, bengkel, seminar atau program yang dipersetujui bersama, bekerjasama dalam aktiviti melibatkan khidmat masyarakat dan pendidikan berterusan dan apa-apa bidang kerjasama lain dalam bidang pendidikan dan latihan sebagaimana yang dipersetujui oleh JPPKK, KPT dan USM dari semasa ke semasa.

IMG 20231117 WA0010

Kerjasama seperti ini dengan JPPKK, KPT akan menjadikan USM sentiasa relevan dan dominan dalam memperjuangkan agenda kelestarian baik di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.

Kerjasama pendidikan dan latihan dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan pastinya dapat memberikan nilai tambah kepada aktiviti sedia ada selari dengan agenda APEX USM.

  • Created on .
  • Hits: 304