Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PACU PENYELIDIKAN BIOLOGI MOLEKUL MENERUSI BENGKEL QRT-PCR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Ogos 2025 – Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM mengambil inisiatif menganjurkan ‘Hands-On Workshop on Gene Expression Analysis with qRT-PCR’ bagi memberi latihan makmal dalam bidang biologi molekul kepada para peserta untuk menjalankan sendiri eksperimen menggunakan ilmu asas qRT-PCR.

1000169774

Bengkel yang diadakan selama tiga (3) hari bermula 11 Ogos lalu, mengangkat tema ‘SYBR Green One-Step RT-PCR: Techniques, Troubleshooting, and Interpretation’ dan menghimpunkan 33 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pensyarah, saintis, pelajar serta bakal pelajar dari USM di samping penyertaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) termasuk penyelidik dari Pakistan dan Nigeria.

1000169776

Dalam bengkel ini, setiap peserta dibekalkan dengan set sampel bagi menjalankan eksperimen qRT-PCR secara kendiri dengan bimbingan fasilitator dan pendekatan praktikal ini memberi peluang kepada peserta memahami asas teori, teknik serta penyelesaian masalah yang sering dihadapi dalam analisis ekspresi gen.

1000169778

1000169780

Penganjuran bengkel yang turut mendapat kerjasama dari Persatuan Genetik Manusia Malaysia dan USAINS Healthcare Sdn Bhd ini juga memberi pendedahan teori selain menekankan pengalaman praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam penyelidikan para peserta.

1000169782

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Sarina Sulong dan Profesor Madya Ts. Dr. Azlina Ahmad

  • Created on .
  • Hits: 276