Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PERKASA PEMINDAHAN ILMU MELALUI BENGKEL ToT ALAT INOVASI P-LOCK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Disember 2025 – Sebagai usaha meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep dan fungsi alat inovasi P-LOCK, Kumpulan Rehab Shine, Unit Perubatan Pemulihan dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital Pakar USM (HPUSM) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) Alat Inovasi P-LOCK pada 18 Disember lalu di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan USM.

1000210308

1000210310

Bengkel ini juga diadakan bertujuan memperkasakan kemahiran teknikal ibu bapa dalam pengendalian alat P-LOCK serta melatih peserta agar mampu menjadi jurulatih (trainer) yang berkesan dalam menyampaikan ilmu berkaitan alat ini kepada komuniti. Selain itu, bengkel ini turut menyasarkan peningkatan keberkesanan rawatan rehabilitasi melalui penggunaan alat inovatif yang direka khas untuk keperluan pesakit neurologi kanak-kanak.

1000210312

1000210314

Bengkel ini dimulakan dengan taklimat pembukaan dan pengenalan objektif, diikuti ceramah berkaitan masalah neurologi kanak-kanak serta sesi pengenalan kepada alat P-LOCK. Sesi diteruskan dengan demonstrasi penggunaan alat, latihan praktikal secara ‘hands-on’ serta penerangan tentang aspek penyelenggaraan dan keselamatan. Program diakhiri dengan sesi penilaian dan maklum balas daripada peserta.

1000210318

1000210316

Bengkel ini melibatkan seramai 60 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pesakit, ibu bapa, pegawai perubatan, jurupulih anggota, jurupulih cara kerja, juruteknik prostetik dan orthotik serta orang awam. Program ini juga mendapat suntikan dana Geran Program MyIS Komuniti Fasa 2 dari Yayasan Inovasi Malaysia.

1000210320

1000210322

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen USM dalam memperkasa inovasi kesihatan dan memperluas pemindahan ilmu kepada masyarakat.

Sumber Laporan & Foto: Christina Robin dan Dr. Al Hafiz Ibrahim

  • Created on .
  • Hits: 171