Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PERKUKUH GAYA HIDUP SIHAT DAN KELESTARIAN ALAM DI KAMPUNG BAHAGIA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 September 2025 – ‘Komuniti Sejahtera, Alam Terpelihara’ menjadi misi utama Program Komuniti Sejahtera yang berlangsung di Kampung Bahagia, Kuala Krai pada 6 September lalu, sekali gus memperkukuh gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

1000176018

Program anjuran Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Keluarga USM Malaysia (FAMOUS), Politeknik Jeli Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai itu menghimpunkan lebih 200 peserta daripada pelbagai peringkat umur.

1000176020

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Latihan Generasi Bebas Rokok dan 'Vape' yang melibatkan 19 fasilitator terdiri daripada remaja Kampung Bahagia yang berjaya melatih 30 lagi remaja baharu sebagai agen perubahan. Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan ‘explorace’, mewarna, ceramah kesihatan serta demonstrasi sistem bokashi bagi pengurusan sisa domestik.

1000176022

Program ini memberi impak besar kepada penduduk kampung khususnya dalam aspek kesedaran kesihatan, pengurusan sampah secara lestari serta membuka peluang ekonomi melalui penghasilan kompos bokashi.

1000176024

1000176030

Lebih membanggakan, agen komuniti yang dilatih sejak tahun 2022 masih konsisten menjalankan saringan kesihatan sehingga kini, membuktikan kesinambungan usaha yang dimulakan sejak lebih dua (2) tahun lalu menerusi projek Kampung Bahagia sebagai Kampung Angkat Lestari di bawah inisiatif KPT Prihatin Madani itu menunjukkan keberkesanan pendekatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

1000176028

1000176026

Program ini merupakan fasa kedua, manakala fasa ketiga dijadualkan berlangsung pada April 2026 sebagai usaha pemantauan dan penilaian menyeluruh terhadap keberkesanan intervensi komuniti.

1000176032

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Digital) Hospital Pakar USM (HPUSM), Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Nor Akma Mat Junoh@ Yunus dan Dr. Zainab Mat Yudin@ Badrin

  • Created on .
  • Hits: 342