Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM PERKUKUH LATIHAN LARINGOLOGI MENERUSI ‘LASER PHONOSURGERY WORKSHOP’

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Jun 2026 – Sebagai usaha memperkukuh latihan intensif dan komprehensif dalam pembedahan laringologi, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Otorinolaringologi–Pembedahan Kepala dan Leher (ORL-HNS), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Simulasi Klinikal Bersepadu (i-CSC) dan rakan industri Delta Medisains telah menganjurkan ‘Laser Phonosurgery Workshop’ pada 3 dan 4 Jun lalu.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.30 AM

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.30 AM 1

Bengkel yang disertai 20 pelatih program Sarjana Perubatan (ORL-HNS), PPSP USM ini antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan teori serta kemahiran teknikal pembedahan menggunakan teknologi laser terkini dalam kalangan bakal pakar ORL-HNS.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.30 AM 2

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.31 AM

Antara pengisian bengkel ini merangkumi gabungan kuliah, pembedahan secara langsung serta latihan praktikal berasaskan simulasi. Pada hari pertama, para peserta mengikuti sesi kuliah berkaitan keselamatan penggunaan laser dan pembedahan laring yang merangkumi topik seperti ‘suspension laryngoscopy’, reseksi dan anastomosis saluran pernafasan serta prinsip asas ‘phonosurgery’.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.31 AM 1

Sesi pembedahan secara langsung menjadi antara kemuncak program apabila peserta berpeluang menyaksikan prosedur ‘laser phonosurgery’ secara bersemuka di dewan bedah. Selain itu, para peserta juga berpeluang menjalani latihan ‘hands-on’ penggunaan laser CO₂ yang menekankan kemahiran pengendalian mikroskop, persepsi kedalaman serta kawalan ‘micromanipulator’ bagi mencapai ketepatan tinggi dalam prosedur laring.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.31 AM 2

Para peserta juga diberi peluang menjalani latihan praktikal berasaskan simulasi di i-CSC yang melibatkan prosedur endoskopik, reseksi, anastomosis laring serta trakea selain pendedahan berkait teknik jahitan mikro (micro-suturing).

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.32 AM

WhatsApp Image 2026 06 11 at 9.04.32 AM 1

Inisiatif ini diharap dapat terus memperkukuh latihan pembedahan laringologi serta melahirkan pakar ORL-HNS masa hadapan yang kompeten dan berkemahiran tinggi.

Sumber Laporan dan Foto: Dr Nik Fariza Husna Binti Nik Hassan

  • Created on .
  • Hits: 618