Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM SANTUNI ASNAF MELALUI SARINGAN KESIHATAN KARDIOVASKULAR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Jun 2025 – Prihatin terhadap tahap kesedaran kesihatan golongan asnaf, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Saringan Kesihatan Kardiovaskular di Rumah Yayasan Amal Mahabbah, Jalan Bayam, Kota Bharu pada 21 Jun lalu.

1000152448

Program yang dijalankan di bawah inisiatif ‘Mobile Community Services’ Hospital Pakar USM ini mendapat kerjasama Primer Cherang Clinic Sdn Bhd bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular, terutama dalam kalangan asnaf yang sering terlepas pandang aspek pencegahan penyakit tidak berjangkit.

1000152444

Seramai 48 peserta hadir menjalani pelbagai saringan termasuk pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan (BMI) dan pemeriksaan gula. Selain pemeriksaan, peserta turut diberi konsultasi kesihatan dan kesedaran mengenai faktor risiko dan tanda-tanda penyakit kardiovaskular.

1000152446

Hasil soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap kesedaran kesihatan dalam kalangan peserta masih rendah, di mana 53.2 peratus (%) tidak mengetahui bahawa penyakit jantung boleh dicegah, 25.5% peserta tidak pernah menjalani pemeriksaan tekanan darah dan 29.8% tidak pernah membuat pemeriksaan gula dalam darah. Program ini juga telah berjaya mengesan beberapa kes baharu, termasuk hipertensi dan diabetes tidak terkawal.

1000152450

Penganjuran program ini membuktikan keperluan saringan kesihatan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengesan awal risiko penyakit tidak berjangkit.

1000152452

1000152454

USM komited untuk terus menjadikan program kesihatan komuniti sebagai agenda berterusan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah memberi ruang pembelajaran secara langsung kepada pelajar dan penyelidik.

Sumber Laporan dan Foto: Dr. Zainab Mat Yudin

  • Created on .
  • Hits: 54