Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM SEMAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL MELALUI PROGRAM CSR DI PULAU PERHENTIAN

USM, KUBANG KERIAN KELANTAN, 13 Oktober 2024 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus menterjemahkan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang sentiasa komited dalam isu kebertanggungjawaban sosial menerusi Program Pengukuhan Pasukan 2024.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.52 PM

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.52 PM 1

Melalui program yang melibatkan unit-unit di bawah pentadbiran Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, satu inisiatif khas menyalurkan sumbangan berupa Kotak Makanan USM Prihatin kepada penduduk Kampung Nelayan, Pulau Perhentian telah berlangsung pada 11 Oktober lalu.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.50 PM

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.51 PM

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.51 PM 1

Dengan bantuan wakil penduduk, jawatankuasa penganjur telah mengenal pasti 10 keluarga yang layak untuk menerima bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Bukan itu sahaja, program yang melibatkan 27 orang staf ini juga menggunakan kesempatan yang ada untuk melaksanakan inisiatif membersihkan kawasan perkuburan.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.50 PM 2

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.50 PM 1

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail turut turun padang menyerahkan bantuan Kotak Makanan USM Prihatin dan sumbangan wang tunai kepada keluarga terpilih. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ekonomi mereka memandangkan sumber pendapatan utama penduduk pulau yang berkepadatan hampir 2,000 orang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan yang pastinya terjejas ekoran Monsun Timur Laut.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.52 PM 2

WhatsApp Image 2024 10 13 at 3.14.49 PM

Program ini merupakan pendekatan serampang dua mata iaitu menjalankan program pemantapan operasi serta gerak kerja pasukan dan pada masa yang sama dapat melaksanakan satu bentuk program tanggungjawab korporat (CSR) kepada komuniti setempat.

Teks: Mohamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 296