Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM SERTAI SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan menghantar delegasi Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 1 Mei lalu.

1000134411

Bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan penting pekerja sebagai tulang belakang negara serta pelaksana utama aspirasi kemampanan, keadilan dan kesejahteraan.

1000134409

Sambutan yang merupakan acara tahunan dan menghimpunkan wakil kesatuan, badan berkanun, sektor awam serta swasta itu menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

1000134407

Seramai 82 orang staf dari Kampus Induk, Kampus Kesihatan, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) mewakili delegasi KKUSM di bawah kategori badan berkanun (Universiti Awam) menghadiri sambutan yang disertai lebih 10,000 warga kerja sektor awam dan swasta itu.

1000134413

Dalam sambutan itu, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat khas selain melancarkan inisiatif Kad Pekerja MADANI. Sambutan turut dimeriahkan dengan karnival Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs selain diserikan dengan pelbagai acara dan penghargaan.

Sumbangan Laporan & Foto: Mohamad Khusaini Jamaluddin

  • Created on .
  • Hits: 154