USM SOKONG INISIATIF MOSTI GALAK PELAJAR SEKOLAH KUASAI STEM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Januari 2025 - ‘Science Technology and Innovation 100 on the Power of Three’ (STI 100^3) merupakan aktiviti pemindahan ilmu yang dianjurkan oleh Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Program yang telah diadakan pada 2 Januari lalu merupakan rentetan inisiatif nasional Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Akademi Sains Malaysia (ASM) melibatkan 100 saintis, 100 sekolah dan tempoh pelaksanaan selama 100 hari di seluruh negara.
Ianya sebagai usaha menggalakkan dan memperkukuh pendidikan STEM dalam komuniti khususnya kepada pelajar dan golongan muda melalui aktiviti pembelajaran tidak formal di luar bilik darjah.
Program yang disertai seramai 38 orang pelajar tingkatan empat (4) dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Kota Bharu itu diisi dengan ceramah oleh Dekan PPSK USM, penerangan mengenai program akademik yang ditawarkan di PPSK, lawatan ke Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) yang mempamerkan spesimen organ tubuh manusia serta sistem tubuh manusia dan banyak lagi.
Program ini diharap dapat memberi pengalaman pendidikan yang berharga kepada para pelajar selain merangsang minat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains kesihatan di peringkat pengajian tinggi.
Sumber Laporan& Foto: Profesor Madya Dr. Tan Suat Cheng
- Created on .
- Hits: 320