Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TERIMA KUNJUNGAN MOF TINJAU PROJEK KEMUDAHAN OKU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Mac 2024 – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan delegasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang mengadakan lawatan tapak ke Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK), hari ini.

IMG 20240306 WA0040

IMG 20240306 WA0042

IMG 20240306 WA0043

Delegasi MOF yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am), Zulkhairil Amar Mohamad disambut oleh Dekan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.

IMG 20240306 WA0047

Lawatan ini bertujuan meninjau projek dan program dibawah peruntukan wang ehsan negeri Kelantan melalui geran yang telah diluluskan oleh MOF sebanyak RM800,000 untuk bangunan PTOKU USM-MAIK dan RM340,000 bagi penyediaan kerusi roda untuk memperkasakan OKU yang dijalankan di PTOKU USM-MAIK.

IMG 20240306 WA0045

Delegasi lawatan turut dibawa meninjau pelaksanaan perkhidmatan yang terdapat di Makmal Simulasi Pekerjaan, Pusat Modifikasi Kerusi Roda, Bilik Kosultasi Klinikal serta sesi rundingcara OKU.

IMG 20240306 WA0046

IMG 20240306 WA0044

Pengurusan Kampus Kesihatan USM menyambut baik kerjasama ini sebagai usaha melatih golongan OKU berdikari untuk berintegrasi dengan komuniti dan menyumbang tenaga dalam bidang pekerjaan.

IMG 20240306 WA0041

Turut menyertai lawatan ini ialah Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Nor Ernahilda Mohd Reduan; Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Nor Hazwani Zulkarnain; Ketua PTOKU USM - MAIK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim; pegawai-pegawai MAIK dan pegawai-pegawai USM.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 287