USM TERIMA KUNJUNGAN UNPAD PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK ANTARABANGSA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 April 2026 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat delegasi dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia sebagai usaha memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa pada 8 April lalu.


Delegasi UNPAD yang diketuai oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. dr. Vitriana Biben itu disambut oleh Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang pendidikan perubatan, penyelidikan dan mobiliti pelajar termasuk program pertukaran dan penempatan elektif. Selain itu, ia juga bertujuan memperkasa usaha pengantarabangsaan USM melalui jaringan akademik global.


Delegasi UNPAD turut dibawa melawat ke beberapa fasiliti pembelajaran utama termasuk Makmal Kemahiran Klinikal (Skills Lab), Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) dan Advanced National Honey Landmark (AnNaHL).


Turut menyantuni degelasi lawatan ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP, Profesor Dr. Asrenee Abd Razak; Timbalan Dekan Libatsama Industri -Komuniti dan Pembangunan PPSP, Profesor Dr. Aziah Daud; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas PPSP, Profesor Madya Dr. W Mohd Nazaruddin W Hassan; Timbalan Dekan USM-KLE PPSP, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah dan Penyelaras Pejabat Antarabangsa Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar.
Sumber Laporan: Norashiken Haji Ahmad/ Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 188