Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TERIMA SUMBANGAN LEMBU KORBAN DARIPADA MAYBANK ISLAMIC BERHAD SEMPENA AIDILADHA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Mei 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Islam Kampus Kesihatan menerima sumbangan bernilai RM7,500 bagi tujuan pembelian seekor lembu korban daripada Maybank Islamic Berhad sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari lagi.

1000262523

1000262515

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Perbankan Pengguna,  Pahang, Kelantan dan Terengganu Maybank Islamic Berhad, Sudirman Hussein kepada Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Operasi Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, hari ini.

1000262516

1000262521

Sumbangan tersebut mencerminkan hubungan erat antara institusi kewangan dan universiti dalam nilai kebersamaan serta semangat prihatin terhadap masyarakat.

1000262519

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Hasuaniza Hassan dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Muhammad Aliff Abdul Latif.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 223