USM TEROKA KERJASAMA ANTARABANGSA BERSAMA UNIVERSITAS SENIOR MEDAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 April 2026 – Bagi memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam bidang sains kesihatan, Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Senior Medan, Sumatera Utara, Indonesia pada 8 April lalu.

Delegasi yang diketuai Ketua Yayasan Senior Power Medan, L. Manullang itu disambut oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Profesor Dr. Hamid Jan Jan Mohamed mewakili Dekan PPSK USM.

Agenda utama lawatan ini tertumpu kepada sesi perbincangan mendalam mengenai Program Mobiliti Pelajar yang bertujuan membuka ruang pertukaran pelajar bagi memperkaya pengalaman akademik antarabangsa.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan membangunkan kerangka mobiliti yang efektif bagi membolehkan pertukaran pelajar dan kepakaran staf pada masa hadapan.

Delegasi lawatan turut dibawa mengikuti sesi taklimat khas dan lawatan ke Makmal Kemahiran Kejururawatan di PPSK bagi meninjau fasiliti pendidikan yang disediakan oleh USM.
Sumber Laporan & Foto: Nur Adibah Solihin Sulaiman
- Created on .
- Hits: 105