Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TERUS MANFAAT DANA KPT: PEMERIKSAAN MATA PERCUMA KEPADA KOMUNITI PULAU

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Ogos 2022 – Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui suntikan dana menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) sekali lagi turun padang menyantuni komuniti Pulau Redang pada 27 Julai lalu.

 

40f3519e 6d24 4f5c 9d12 181cbb1b148c

f6276334 1013 40bf 8aca a05918f45c37

Program kali ini mengetengahkan aktiviti pemeriksaan mata dan saringan penglihatan kepada 167 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 18 orang pelajar didapati mengalami masalah rabun dan mendapat tajaan cermin mata daripada Optometri Efkeyo.

2c3540ab 11a2 44f4 b7cc 8df8993662d0

ec3455c9 adcd 44a7 b1a3 c9024e48843f

Program yang bertujuan mengesan masalah rabun mata dan masalah mata malas dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar itu turut dihadiri oleh Ketua Jabatan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, Profesor Dr. Shatriah Ismail dan Ketua Projek, Ahmad Sharmizi Majid.

  • Created on .
  • Hits: 260