Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TERUS MANFAAT KEPAKARAN MENERUSI PERKONGSIAN ILMU KEPADA MASYARAKAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Jun 2023 – Cakna dengan penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19, influenza, penyakit tangan, kaki dan mulut serta lain-lain yang menjadi ancaman besar kepada negara kita, kumpulan QSET, Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perubatan Integratif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM mengambil inisiatif menganjurkan Program Pembasmi Kuman 2023 pada 8 Jun lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.24.34

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM) itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dan masyarakat berkenaan penyakit bawaan kuman, langkah-langkah pengawalan dan pembasmian kuman yang betul.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.24.32 1

Selain itu, ia juga merupakan platform perkongsian maklumat mengenai teknik asas penyediaan cecair pembasmi kuman ‘do it yourself’ (DIY) yang mudah, kos yang rendah, mampu milik dan berasaskan sumber alam selain mempraktikkan ilmu penyediaan sabun atau penjagaan diri berasaskan minyak pati untuk membasmi kuman serta mengurangkan penggunaan bahan kimia sintetik dan mesra alam dalam kalangan masyarakat.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.24.32

Peserta turut diberikan kit mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman, sabun antikuman berasaskan minyak pati cengkih dan sireh serta lilin beraroma untuk aromaterapi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.24.33

Program yang diadakan di Dewan PEKA YATIM, Taman Desa Rahmat, Jalan Guchil Bayam itu disertai kira-kira 30 ahli rukun tetangga kategori B40 sekitar Kota Bharu dan 10 orang anak yatim.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.24.33 1

Hadir merasmikan program ialah wakil Dekan, PPSK, Dr. Mujahid Bakar. Turut hadir ialah Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPSP yang juga penceramah jemputan, Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi; Pengurus PEKA YATIM, Muhammad Faiq Zulkarnain; Penyelia Pusat Jagaan (PEKA YATIM), Sahbuddin Mohamed dan Pengarah Program Pembasmi Kuman 2023, Profesor Madya Dr. Mohd Dasuki Sul’ain.

Sumber Maklumat & Foto: Dr. Siti Marwanis Anua

  • Created on .
  • Hits: 143