Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM TINGKAT KUALITI DOKUMENTASI MAKMAL PERUBATAN MELALUI BENGKEL ‘DOCUMENT REVIEW’

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Oktober 2026 – Semakan dokumentasi secara sistematik penting bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur kerja, mengekalkan standard kualiti serta meningkatkan kesiapsiagaan makmal perubatan dalam menghadapi audit dan penilaian akreditasi.

Sehubungan itu, Pengurusan Makmal Perubatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan Bengkel ‘Document Review’ selama dua (2) hari, pada 12 hingga 13 Oktober lalu di Dewan Kuliah 7, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM.

Bengkel ini menghimpunkan ‘Key Personnel’ daripada sembilan (9) makmal perubatan HPUSM bersama pasukan kerja masing-masing bagi menyemak dan memastikan semua dokumen dalam Sistem Pengurusan Makmal Perubatan sentiasa tepat, relevan, sah dan dipatuhi secara konsisten.

Sesi semakan dan perbincangan interaktif turut memberi tumpuan kepada penilaian kesesuaian dokumen dengan amalan semasa serta mengenal pasti jurang antara pelaksanaan kerja harian dengan prosedur yang didokumentasikan.

Inisiatif ini diharap dapat memupuk budaya penambahbaikan berterusan (Continuous Improvement), di samping meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan kesiapsiagaan makmal perubatan PPSP dan HPUSM dalam memenuhi keperluan audit serta penilaian akreditasi berasaskan kualiti.

  • Created on .
  • Hits: 37