Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM – MAIK PERKASA PERANAN MASJID MELALUI BENGKEL SPIRITUALITI DAN JAGAAN PALIATIF

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Jun 2026 – Bengkel Pendedahan Spiritualiti dan Jagaan Paliatif kepada Pengurusan Masjid di negeri Kelantan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama antara Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, semalam.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.38

Bengkel yang menghimpunkan pengurusan masjid dari seluruh negeri Kelantan ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai peranan spiritualiti dan jagaan paliatif dalam menyantuni pesakit, ahli keluarga serta masyarakat yang memerlukan sokongan dari aspek kerohanian, emosi dan sosial.
WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.39 1

Selain itu, penganjuran bengkel ini merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam usaha memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah sebagai institusi yang berupaya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. Melalui pengisian yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, para peserta telah didedahkan kepada konsep spiritualiti dalam penjagaan kesihatan serta kepentingan jagaan paliatif dalam membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga yang berhadapan dengan pelbagai cabaran berkaitan kesihatan.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.39 2

Pendedahan yang diberikan melalui bengkel ini diharap dapat membantu peserta mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di kawasan masing-masing.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.40

Di samping itu, bengkel ini turut memperkukuh hubungan kerjasama antara USM, MAIK dan institusi masjid dalam usaha memperluaskan penyampaian ilmu serta memperkasakan penglibatan komuniti. Kerjasama strategik ini membuktikan bahawa sinergi antara institusi pendidikan tinggi dan agensi agama mampu menghasilkan program yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat serta menyokong pembangunan komuniti yang lebih holistik dan sejahtera.

WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.40 1

WhatsApp Image 2026 06 11 at 14.27.39

Bengkel ini juga mencerminkan komitmen berterusan USM dalam melaksanakan pemindahan ilmu dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui jaringan kerjasama yang kukuh dengan pelbagai pihak.

Sumber Laporan & Foto: Siti Farain Mazlan

  • Created on .
  • Hits: 223