USM ‘FIT AND FUN’ MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI KAMPUS KESIHATAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Oktober 2026 – Kira-kira 500 pelajar dan staf Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai program USM ‘Fit and Fun’ sempena Sambutan Hari Sukan Negara bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga universiti.




Program tersebut menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan warga kampus dalam aktiviti fizikal di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan sukan dan kecergasan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.




Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen Kampus Kesihatan USM dalam membudayakan gaya hidup sihat serta mewujudkan persekitaran kampus yang aktif, cergas dan harmoni.




Melalui penglibatan pelajar dan staf, program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan sesama warga kampus serta menyemarakkan semangat kebersamaan menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.





Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 149